25 May
25May

Penulisan karangan merupakan penulisan secara berperenggan. Terdapat tiga jenis perenggan dalam karangan iaitu:


  • Perenggan pendahuluan
  • Perenggan isi
  • Perenggan penutup


Perenggan pendahuluan

Biasanya, penyataan umum mengenai tajuk atau persoalan berkaitan sesuatu isu ditulis pada awal karangan iaitu pada bahagian perenggan pendahuluan. Pernyataan boleh berbentuk definisi , statistik , soalan , peribahasa dan sebagainya . Di sini, pelajar perlu memberi penekanan kepada kehendak soalan.


Perenggan isi

Perenggan isi menyatakan isi utama dan isi sampingan . Setiap isi dihuraikan untuk memberikan penjelasan kepada pembaca . Huraian itu termasuk contoh , bukti dan sebagainya.


Perenggan penutup

Penutup merupakan kesimpulan penulis dalam bentuk pandangan atau cadangan. Pandangan tersebut hendaklah disertakan dengan hujah untuk menguatkan pendapat pelajar.


MERANGKA KARANGAN


  • Baca soalan dengan jelas sebelum merangka karangan.
  • Pilih tajuk yang kita ada paling banyak maklumat atau yang kita pernah buat  persediaan.
  • Ketika merangka karangan carilah fakta dan isi yang terbaik.
  • Keluarkan pengalaman dan pembacaan yang lalu.
  • Buat rangka karangan merangkumi pendahuluan, isi dan penutup karangan.


1. PENDAHULUAN

  • Penyataan Umum (PU) / Definisi (Tema karangan)
  • Terdiri daripada satu ayat sahaja.
  • Ditulis berdasarkan tajuk


2. ISI KARANGAN


 Formula : AT + AH + AC +AP


i. Ayat Topik (AT)

  • Ditulis pada permulaan ayat.
  • Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.
  • Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.


ii. Ayat Huraian (AH)

  • Terdiri daripada satu hingga lima ayat.
  • Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W1H (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)
  • Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.


iii. Ayat Contoh (AC)

  • Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.
  • Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.
  • Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.


iv. Ayat Penegas (AP)

  • Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.
  • AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan maksud yang sama dengan AT.


Nota:

- Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

- Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.

Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai mengulang    isi).


3. PENUTUP 


Formula  = AK + AC + AH


i. Ayat Kesimpulan (AK)

  • Terdiri daripada satu hingga dua ayat .
  • Merumuskan keseluruhan karangan.
  • Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).

·         

ii. Ayat Cadangan (AC)

  • Terdiri daripada satu hingga dua ayat.
  • Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.
  • Tidak memerlukan huraian panjang.


iii. Ayat Harapan (AH)

  • Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.
  • Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.
  • Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.


Nota:

- Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.

- Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.

- Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.




Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING