Kaedah menganalis tajuk karangan berupaya untuk membawa para pelajar merangka konsep dalam sesuatu penulisan. Selain itu, kaedah ini juga akan dapat memberi fokus dan hala tuju kepada pelajar dalam penghasilan isi karangan. Maksudnya, sebelum menulis karangan, pelajar perlu menganalisis beberapa perkara termasuklah mengenal pasti Tujuan, Isi dan Pembaca (TIP).
T (tujuan) | Pelajar perlulah mengenal pasti tujuan karangan yang hendak dibina. |
I (isi) | Pelajar mengenal pastu isi-isi utama karangan yang sesuai dengan kehendak soalan yang diberikan. |
P (pembaca) | Pelajar juga perlu mengenal pasti kepada siapa karangan itu ditujukan. |
Selepas berbuat demikian, fokus karangan perlu dibentuk bagi merangsang pemikiran pelajar agar mampu memikirkan isi-isi utama yang diperlukan dalam karangan. Contohnya:
Seorang anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga. Berikan komen anda. Tajuk: Individu kebanggaan keluarga. Kehendak soalan: Peranan seorang anak untuk membanggakan keluarga Fokus: Umum |
Seterusnya pelajar perlu menyenaraikan isi utama bagi karangan yang akan dibina mengikut tahap keutamaannya iaitu dari isi yang paling utama kepada isi yang bukan utama. Pelajar akan merangka huraian karangan berdasarkan isi utama tersebut.